Rabu, Mac 21, 2012

Mentol Percutian - X-Scream,Las Vegas

-10 Gambar-

Apa perasaan anda apabila tergantung di menara kelapan tertinggi dunia? Yer sememangnya ia adalah kerja gila,tapi inilah peluang untuk orang-orang yang gilerkan adventure mencuba sesuatu yang sangat menggayatkan.

The X-Scream dilabel sebagai Ultimate Fun Ride in The World terletak di Las Vegas,Amerika Syarikat.Anda akan terasa gayat hanya dengan melihat gambar-gambar di bawah.Ok nak pergi muntah...

Mentol Filem - 8 Jam

Sebelum aku layan cite Bunohan kat TGV Wangsa Walk,aku tengok trailer filem 8 Jam ni...Perghh style gak,memang terus masuk dalam list filem yang akan aku tengoklah...

Korang pun support-support la filem melayu ok...support yang berkualiti je...hehe...

Mentol Awesome - Kapal Selam Buatan Sendiri

-10 Gambar-

Owh ini sememangnya sangat awesome seawesome awesomenya~ Seorang lelaki dari St.Petersburg,Russia telah mencipta kapal selam hanya di rumahnya.Ia juga telah diiktiraf sebagai kapal selam paling kecil yang terdapat di Russia dan boleh memecut sehingga 4 knot.Paling tidak dilupakan perkara yang paling penting adalah......

................

Kapal selam ini boleh menyelam...hehe...

Mentol Realiti - Aku Penangkap Ketam

-11 Gambar-

Korang mesti suka makan ketamkan? Lepas dah makan sedap-sedap mesti korang pergi bayar pastu komplen sebab harga mahal.Haa itu je la yang korang tau,jadi arini aku nak kongsi skit kenapa harga ketam kat pasaran mahal.Layanlah gambar brother-brother yang tangkap ketam ni k...Tengok ombak gambar last buat aku cuak...huhu...

Mentol Kesedaran - Rumahku Tandas Awam

-4 Gambar-

Tandas sering dikaitkan dengan perkara yang menjijikkan.Di Malaysia,tandas-tandas awam yang bersih hanya boleh dijumpai di dalam kompleks membeli-belah,itu pun kebanyakannya di Kuala Lumpur.

Tetapi di Shenyang,China,terdapat keluarga yang menjadikan tandas awam yang terbengkalai sebagai rumah mereka.Ini terjadi kepada Zeng Lingjun,seorang yang mengimpikan untuk belajar di kolej tetapi terpaksa membatalkan hasrat disebabkan oleh keluarganya yang terlampau miskin.

Dengan bekerja sebagai tukang kasut dan menerima gaji sebanyak 2000 yuan(RM975),beliau tidak mampu untuk menyewa rumah yang lebih selesa,sangat kesian.Bersyukurlah wahai rakyat Malaysia...

Isnin, Mac 19, 2012

Mentol Awesome - Eskalator 'Terbuka' Tertinggi Dunia

-10 Gambar-

Bangunan Umeda adalah bangunan ketujuh tertinggi di Osaka,Jepun dan salah satu bangunan yang sangat dikenali di sana.Ia mengandungi dua buah bangunan berkembar dan setiap satu setinggi 40 tingkat.Apa yang menarik,ia mengandungi 2 buah eskalator 'terbuka' bagi menghubungkan tingkat atas bangunan tersebut.

Anda akan merasai seolah-olah terapung dalam ketinggian bangunan 40 tingkat ketika menggunakan eskalator tersebut.Paham ke tak paham apa yang aku nak jelaskan? Kalau tak paham,korang tengok la gambar-gambar yang aku sediakan...enjoy~

Mentol Suka Suki - Produk Apple Masa Depan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...