Ahad, Mac 11, 2012

Mentol Awesome - Singapore Sports Hub(6 Gambar)

Ketika Malaysia menentang Singapura bagi kelayakan Piala Dunia 2014 pada Julai tahun lepas,hanya 500 tiket diperuntukkan untuk penyokong Malaysia kerana stadium yang dimiliki oleh Singapura di Jalan Besar hanya mampu menampung 7000 penonton.Ini telah mewujudkan satu perasaan kurang senang oleh penonton Malaysia kerana perlawanan epik seperti ini sepatutnya diadakan di stadium yang lebih besar.Tapi apa nak buat,Singapura tidak mempunyai kemudahan yang lebih baik pada ketika itu.

Lupakan apa yang telah terjadi kerana ketika ini,Singapura sedang giat membangunkan Singapore Sports Hub(SSH) di mana stadium utama mampu menampung sehingga 55,000 orang penonton pada satu-satu masa.SSH juga dilengkapi dengan stadium renang tertutup,dewan pelbagai guna,pusat sukan air dan stadium tertutup.Ia dijangka siap pada tahun 2014 dan akan menjadi tuan rumah baki Sukan Sea 2015.Gerek seyh!





Sumber:http://blog.bouygues-construction.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...