Rabu, Mac 21, 2012

Mentol Percutian - X-Scream,Las Vegas

-10 Gambar-

Apa perasaan anda apabila tergantung di menara kelapan tertinggi dunia? Yer sememangnya ia adalah kerja gila,tapi inilah peluang untuk orang-orang yang gilerkan adventure mencuba sesuatu yang sangat menggayatkan.

The X-Scream dilabel sebagai Ultimate Fun Ride in The World terletak di Las Vegas,Amerika Syarikat.Anda akan terasa gayat hanya dengan melihat gambar-gambar di bawah.Ok nak pergi muntah...

Mentol Filem - 8 Jam

Sebelum aku layan cite Bunohan kat TGV Wangsa Walk,aku tengok trailer filem 8 Jam ni...Perghh style gak,memang terus masuk dalam list filem yang akan aku tengoklah...

Korang pun support-support la filem melayu ok...support yang berkualiti je...hehe...

Mentol Awesome - Kapal Selam Buatan Sendiri

-10 Gambar-

Owh ini sememangnya sangat awesome seawesome awesomenya~ Seorang lelaki dari St.Petersburg,Russia telah mencipta kapal selam hanya di rumahnya.Ia juga telah diiktiraf sebagai kapal selam paling kecil yang terdapat di Russia dan boleh memecut sehingga 4 knot.Paling tidak dilupakan perkara yang paling penting adalah......

................

Kapal selam ini boleh menyelam...hehe...

Mentol Realiti - Aku Penangkap Ketam

-11 Gambar-

Korang mesti suka makan ketamkan? Lepas dah makan sedap-sedap mesti korang pergi bayar pastu komplen sebab harga mahal.Haa itu je la yang korang tau,jadi arini aku nak kongsi skit kenapa harga ketam kat pasaran mahal.Layanlah gambar brother-brother yang tangkap ketam ni k...Tengok ombak gambar last buat aku cuak...huhu...

Mentol Kesedaran - Rumahku Tandas Awam

-4 Gambar-

Tandas sering dikaitkan dengan perkara yang menjijikkan.Di Malaysia,tandas-tandas awam yang bersih hanya boleh dijumpai di dalam kompleks membeli-belah,itu pun kebanyakannya di Kuala Lumpur.

Tetapi di Shenyang,China,terdapat keluarga yang menjadikan tandas awam yang terbengkalai sebagai rumah mereka.Ini terjadi kepada Zeng Lingjun,seorang yang mengimpikan untuk belajar di kolej tetapi terpaksa membatalkan hasrat disebabkan oleh keluarganya yang terlampau miskin.

Dengan bekerja sebagai tukang kasut dan menerima gaji sebanyak 2000 yuan(RM975),beliau tidak mampu untuk menyewa rumah yang lebih selesa,sangat kesian.Bersyukurlah wahai rakyat Malaysia...

Isnin, Mac 19, 2012

Mentol Awesome - Eskalator 'Terbuka' Tertinggi Dunia

-10 Gambar-

Bangunan Umeda adalah bangunan ketujuh tertinggi di Osaka,Jepun dan salah satu bangunan yang sangat dikenali di sana.Ia mengandungi dua buah bangunan berkembar dan setiap satu setinggi 40 tingkat.Apa yang menarik,ia mengandungi 2 buah eskalator 'terbuka' bagi menghubungkan tingkat atas bangunan tersebut.

Anda akan merasai seolah-olah terapung dalam ketinggian bangunan 40 tingkat ketika menggunakan eskalator tersebut.Paham ke tak paham apa yang aku nak jelaskan? Kalau tak paham,korang tengok la gambar-gambar yang aku sediakan...enjoy~

Mentol Suka Suki - Produk Apple Masa Depan



Mentol Canggih - Mesin ATM Cupcakes 24 Jam

Siapa giler cupcakes kat sini? Girls yang biasanya suka sangat ngan cupcakes ni...Comel la,kiut la,sweet la,suma perkataan yang ala-ala remaja suma nak kasi kat cupcakes ni.Tengah-tengah malam pun kalau boleh nak makan cupcakes,tapi apakan daya kedai tak bukak.

Tapi kalau korang duduk kat Los Angeles,mengidam cupcakes pada waktu malam bukan satu masalah.Ini kerana sebuah syarikat pembuat cupcakes yang bernama Sprinkles telah melakukan satu inovasi yang sangat kreatif iaitu mesin ATM cupcakes.Jadi kepada sesiapa yang obses dengan cupcakes,sila la cuba beli kat mesin ni yer...

Mentol Sukan - Venue Sukan Menembak Olimpik 2012

Ketika entri ini ditulis,Sukan Olimpik hanya tinggal 131 hari sahaja lagi.Bandar London sedang giat mempersiapkan segala kemudahan dan kelengkapan bagi menjayakan temasya sukan terbesar dunia tersebut.Pelbagai venue yang canggih sedang menunggu para atlet dan salah satu antaranya adalah bagi sukan menembak.

Venue ini boleh dikategorikan sebagai paling unik kerana ia seakan-akan seekor sotong gergasi.Selain itu juga,ia hanya akan digunakan untuk Sukan Olimpik dan sejurus tamat,venue ini akan dibuka dan dikitar semula menjadi sesuatu benda yang lain.

Jumaat, Mac 16, 2012

Mentol Percutian - Syurga Dunia di Maldives

Siapa-siapa orang kaya yang baca blog ni,tolong la blanje aku pegi sini...huhu...lawa giler~

Mentol Realiti - Realiti Maksud di Setiap Logo

Owh yeah inilah realti sebenarnya...Hahahahahahaahahahahahaaa~

Mentol Rajin - Iklan Fedex Canada


Sumber:popgive.com

Mentol Awesome - Limosin Terbesar dan Paling Mahal di Dunia

Kepada sesiapa yang berada di Amerika Syarikat dan mempunyai duit yang banyak,jangan malu-malu untuk mencuba The Midnight Rider ini.Idea asal tercetus pada tahun 1986 tetapi hanya mendapat kebenaran untuk dibina pad tahun 2007.

Mengambil masa selama 7 tahun untuk disiapkan,akhirnya Limosin gergasi ini mula beroperasi pada Jun 2005.dengan keluasan 460 kaki persegi dan boleh memuatkan sehingga 40 penumpang,ia adalah pilihan tepat untuk orang-orang kaya berparti.Kalau anda tak mampu,sila la tong tong duit yer....hahahahahaaa....

Mentol Suka Suki - Kerusi Taman Pelik (10 Gambar)

Kerusi adalah satu benda yang sangat diperlukan ketika penat.Tetapi jika mahu berehat di kerusi,kita juga akan mementingkan beberapa perkara seperti keselesaan,kebersihan,saiz dan beberapa perkara lagi.

Kerusi yang menarik juga akan meningkatkan mood untuk berehat.Tapi bagaimana pula jika kerusi yang diperlukan itu mempunyai reka bentuk yang pelik?

Mentol Rajin - 5 Hari Beratur Untuk Ipad Terbaru(12 Gambar)

5 hari hanya untuk Ipad terbaru!

Itulah penangan Ipad terbaru yang telah dilancarkan oleh Apple pada minggu lepas.Mereka sanggup untuk makan,minum dan tidur di tepi jalan hanya untuk gajet baru tersebut.Giler betul diorang,jadi aku dah malas nak taip dan korang tengok la gambar-gambar yang aku sediakan.Bak kata pepatah,sekeping gambar menceritakan seribu cerita...enjoy~

Mentol Realiti - Basikal Lebih Muatan(11 Gambar)

China-Sebuah negara yang sangat besar dn sangat sukar untuk bergerak jika tiada kenderaan.Atas sebab itu,basikal juga menjadi salah satu pilihan perjalanan yang penting bagi menjalankan perniagaan.

Basikal yang melebihi muatan adalah pemandangan biasa di China,jadi abang-abang JPJ mesti jadi lebih sibuk kalau kerja kat sana...saman saman saman!

Mentol Awesome - Bangunan Terapung di Kuala Lumpur(10 Gambar)

Arkitek dari German yang telah membina bangunan unik CCTV di Beijing kini bakal membina satu lagi bangunan yang lain daripada yang lain iaitu Bangunan Angkasa Raya.Terletak berdekatan Menara Petronas,bangunan setinggi 268 meter ini akan menjadi salah satu bangunan ikon terbaru kerana reka bentuknya kelihatan seakan-akan terapung.

Dengan keluasan 90,000 kaki persegi,ia akan menempatkan Kondominium,pejabat dan hotel mewah.Bangunan unik ini dijangka siap dan dibuka pada tahun 2016.Yeay good job Malaysia!

Khamis, Mac 15, 2012

Mentol Suka Suki - Tom & Jerry Dunia Realiti

Sangat Cute ok!

Mentol Rajin - Kotak Elektrik Yang Comel(11 Gambar)

Cuba tengok gambar 1st dalam entri kali ni,mesti korang biasa tengok kat taman perumahan atau sekitar kawasan yang pernah anda laluikan? OK sekarang sila klik untuk info tambahan,tengok kotak-kotak elektrik yang comel ada kat seluruh dunia.Tiba-tiba rasa macam nak masuk kelas seni je..hehe...

Mentol Pengangkutan - Terowong Metro Russia(13 Gambar)

Apabila kali pertama menggunakan laluan bawah tanah LRT Putra pada tahun 2000,hati aku teruja ya amat.Dah la boleh duduk kat depan sekali tengok terowong,rasa macam jadi driver pun ada.Time tu jugak banyak la keluar cerita-cerita hantu kat laluan bawah tanah kononnya tren lalu bawah kubur P.Ramlee la,nampak orang dalam tren kat cermin tapi realitinya takde dan bermacam cerita tipu lagi.

Itu KL punya cerita,kali ni aku nak kongsi gambar-gambar laluan bawah tanah tren metro di Russia.Laluan tren ni lagi lama dari KL,jadi mesti ada cerita hantu yang lagi seramkan? hehe...

Mentol Kenangan - Genap 100 Tahun Titanic Karam(9 Gambar)

14 Mac 1912 - Genap 100 tahun kapal paling selamat di dunia ketika itu iaitu RMS Titanic karam di Lautan Atlantik.Diiktiraf sebagai kapal paling selamat tetapi akhirnya karam,pelikkan? Mungkin sebab tulah Titanic masyur sehingga skang kot...haha...

Bagi memperingati kejadiaan yang meragut 1517 nyawa dan menggemparkan seluruh dunia itu,aku dengan bangganya ingin memperkenalkan Muzium Titanic terbesar di dunia kepada pembaca infomentol.

Bertempat di Pigeon Forge, Tennessee, Amerika Syarikat,muzium dengan keluasan 30,000 kaki persegi ini telah menarik kira-kira 7 juta pelawat sejak dibuka pada April 2010.Muzium ini juga mempunyai kabin kelas pertama yang dibina semula seperti mana babak Leonardo Di Caprio melukis Kate Winslet dalam filem Titanic arahan James Cameroon pada tahun 1997.Korang mesti ingat babak tu kan? hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...