Jumaat, Mac 09, 2012

Mentol Rekod - Bangunan pertama ketinggian mencecah 1km

Bila duit dah terlalu banyak pastu tak tau nak labur kat mana, haa ni la jadi dia.Pak Arab yang duit bersepah-sepah ni nak buat bangunan tertinggi di dunia dan bangunan pertama yang mencecah ketinggian 1km.Dengar macam tak logik,tapi projek ni dah dapat lampu hijau dari kerajaan Arab Saudi pada Februari 2012.Bangunan yang akan menelan kos pembinaan sebanyak USD1.2 Billion(RM3.6 Billion) ini dijangka siap pada tahun 2017 atau 2018.

Bangunan ini direka oleh seorang arkitek yang bernama Adrian Smith(Burj Khalifa juga direka oleh beliau) dan bakal mempunyai 161 tingkat dengan keluasan 5.7 juta square feet.Bangunan ini adalah sebahagian daripada projek Kingdom City yang terletak berhampiran laut merah di mana kos pembinaan bandar tersebut adalah sebanyak USD20 Billion(RM60 Billion).




Sumber:www.cygy.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...