Jumaat, Mac 09, 2012

Mentol Fakta - Naypyidaw ganti Yangon sebagai Ibu Negara Myanmar

Anda pernah dengar Naypyidaw? Ia adalah ibu negara Myanmar yang terbaru bagi menggantikan Yangon.Terletak kira-kira 350km utara Yangon,ibu negara ini mula dibina pada awal tahun 2000 dan kerajaan mula berpindah masuk pada tahun 2006.

Pertukaran ibu negara ini dilakukan dalam keadaan senyap-senyap dan ramai rakyat di dunia termasuk rakyat Myanmar sendiri tidak tahu mengenainya.Ia menimbulkan beberapa persoalan dan sesiapa yang tidak ada kena mengena dengan pemerintah termasuk warga asing dilarang masuk ke kawasan tersebut.

Ibu kota seakan-akan Putrajaya ini mempunyai 8 bahagian yang berbeza iaitu perumahan,ketenteraan, pemerintahan,perhotelan,rekreasi,membeli-belah,hiburan dan antarabangsa termasuk mempunyai lapangan terbang dan kompleks sukan sendiri.

Kini,Naypyidaw menjadi antara 10 bandar paling pesat membangun di dunia dan segala misteri ibu kota mega ini mula terungkai sedikit demi sedikit dan menjelang tahun hadapan,Ini kerana Naypyidaw akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Sea 2013 di mana stadium utama yang dibina boleh memuatkan sehingga 30,000 penonton.



Sumber:
myanmarlife.com
bestourism.com
wikepedia

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...